Isnin, 15 September 2014

undang undang api, saje share, bosan nak buat apa , arkhhh

1.            Pemasangan Gegelung Hos – Sesuatu pemasangan paip, tangki air, pam dan gegelung hos di sesuatu bangunan bagi mengadakan suatu cara tersedia yang dengannya pancutan air boleh ditunjukkan ke mana-mana bahagian bangunan itu bagi maksud menentang kebakaran dan mematuhui TAPB 402.101.

2.            Pemasangan Penggera kebakaran – Sesuatu pemasangan yang boleh member amaran kepada orang-orang mengenai berlakunya kebakaran. Pemasangan itu hendaklah mempunyai pengesan-pengesan yang mematuhi Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Pengawai Bomba bagi pemasangan penggera kebakaran automatic dan dipasang mengikut TAPB 1019.

3.            Pili Bomba – Sesuatu pemasangan paip, tangki air, pam dan alir-keluar pili dalam sesuatu bangunan bagi mengadakan suatu cara tersedia yang dengannya suatu pancutan air boleh ditunjukkan ke mana-mana bahagian bangunan itu bagi maksud menentang kebakaran dan hendaklah mematuhi TAPB 402.101.

4.            UBBL 1984 Clause 244: “ Semua pemasangan dan perkakas bomba hendaklah mematuhi edisi semasa piawai:- (f) Semburan Automatik – kaedah JPB Edisi 29:1973”

5.            UBBL 1984 Clause 225(2): “Tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya satu pili boba yang ditempatkan tidak lebih daripada akses pasukan bomba yang terdekat sekali.


6.            UBBL 1984 Clause 229(1): “Bangunan yang mana tingat paling atasnya adalah lebih daripada 18.3m( 6 tingkat keatas) hendaklah dilengkapi ruang akses menentang kebakaran, Lif bomba, Sistem Pancur Kering dan Sistem Pancur Basah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan